fbpx

Resipi Ayam Gunting Ala Uncle Bob, Puas Makan Bila Buat Sendiri.

iCookAsia

Kalau terjah pasar malam, ayam gunting ni antara yang wajib dibeli. Makan waktu panas dan kerangupan dalam setiap gigitan memang terbaik. Namun jika bawa ramai anak, memang tak cukup kalau beli satu kan? Maklumlah, harganya boleh tahan juga.

Jadi penyelesaiannya apa kata kita cuba buat sendiri di rumah, senang hati melihat riak gembira wajah anak-anak dapat makan sepuas-puasnya.

Selain ayam, bancuhan ini juga boleh digunakan untuk menggoreng sosej.

 

Bahan Perapan ayam :

2 kg Isi ayam

4 sudu Sos tiram

1 labu Bawang putih – tumbuk halus

2 sudu Serbuk lada putih

2 sudu Serbuk lada hitam

1 sudu kecil garam

 

Cara :

  1. Gaul sebati semua bahan dan perapkan ayam selama dua jam. Simpan di dalam peti ais.

 

Bahan :

1/2 paket Tepung ubi/sagu

1 sudu besar Soda bikarbonat

1 sudu besar Garam halus

1 sudu besar Serbuk lada putih

1 sudu besar Serbuk lada hitam

2 sudu besar Perencah hilal – jika tiada, boleh gunakan serbuk perasa biasa

Air panas mendidih

 

Cara :

  1. Gaul sebati semua bahan kecuali air panas.
  2. Sediakan air panas mendidih dan kemudian gunakan berus makan dan celup dalam air dan renjiskan pada tepung. Ulang beberapa kali dan kemudian gaulkan adunan dengan air panas yang direnjis tadi. Ulang lagi langkah tadi dan gaulkan untuk mengelakkan tepung daripada berketul

 

Bahan salutan ayam :

1 biji Telur

1/2 cawan Air

1/2 cawan Susu segar/susu cair

 

Cara :

  1. Pukul semua bahan sehingga sebati dan celupkan ayam. Kemudian celupkan pula dengan tepung.
  2. Tanamkan ayam dengan tepung dan tepek tepung sekadar untuk ratakan.
  3. Panaskan minyak yang banyak dan pastikan ayam tenggelam sewaktu menggoreng. Goreng sehingga kekuningan.

 

Bahan tabur atas ayam :

4 sudu besar Serbuk cili / paprika – jika mahu pedas, boleh lebihkan

2 sudu besar Perencah hilal

1 ketul Kiub pati ayam

1/2 bungkus keropok twistis

2 sudu besar Gula

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan sehingga halus menggunakan blender kering. Kemudian salutkan dengan ayam yang siap digoreng tadi.

Kredit resipi & foto : Syaakirah Mohamad

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x