fbpx

Resipi Ayam Masak Merah Cara Orang Lama. Tak Perlu Guna Sebarang Sos Tapi Rasanya Memang Umph.

iCookAsia

Resipi perkongsian Amirul Shafiq ini cukup menarik kerana bahan dan teknik masakan yang digunakan mengikut cara orang-orang lama. Malah penyediaan Ayam Masak Merah ini tidak menggunakan sebarang sos dan bukan sambal semata-mata.

 

Cara :

  1. Ayam digaul dengan garam dan kunyit dan digoreng terlebih dahulu bagi mengelakkan ayam hancur ketika dimasak. Ini kerana ayam akan dimasak lama bersama sambal.
  2. Bawang goreng sangat penting untuk penyediaan ayam masak merah. Jangan gunakan bawang goreng yang dijual di kedai.
  3. Panaskan minyak dan tumis lengkuas, bunga cengkih, kayu pelaga dan kayu manis. Tumis sehingga naik bau. Sentiasa jaga api kerana rempah senang hangit.
  4. Selepas naik bau, masukkan bahan kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Selepas pecah minyak, masukkan cili kisar dan kacau sehingga sebati. Masak menggunakan api sederhana dalam 30 minit sehingga semua rempah garing. Sentiasa kacau.
  6. Selepas semua bahan garing, masukkan tomato puri, daun yang dihiris, bawang goreng, santan, dan buah tomato yang dikisar. Gaul rata dan masak lagi sehingga satu jam. Masak sehingga semua bahan hancur sebati.
  7. Selepas terbit minyak, masukkan gula melaka, gula dan garam.
  8. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak lagi setengah jam sehingga ayam masak.
  9. Masukkan kacang pea dan gaul rata.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto : Amirul Syafiq

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x