in , , ,

Resipi Ayam Peratal. Macam Kari Tapi Kuah Pekat Meresap Ke Ayam. Tak Jadilah Diet!

Resepi daripada Suriakumari Perumal ni memang meletup sangat. Ayam Peratal ini seakan-akan kari ayam namun dalam versi yang sangat berbeza sebab tidak menggunakan serbuk kari.

Jadi apa kata cuba dahulu resipi ini di rumah dan tengok apa reaksi mereka?

Disertakan resipi langkah demi langkah untuk memudahkan anda mencubanya.

Tumis Minyak kelapa Yashkri ( sedap tau )

Kayu manis 1

Bunga lawang 3

Tumis sampai naik bau

Masukkan daun kari 2 tangkai

Bawang merah 2 ulas – potong dadu

Tumis sampai naik bau.

Tomato 2 biji – potong

Kentang 1 biji – potong

2 sudu paste halia dan bawang putih ( tumbuk , blend  atau pakai chopper pun boleh ) kemudian ditumis selama tiga minit.

Masukkan 1 1/2 sudu besar serbuk cili. Gaul selama seminit.

Kemudian masukkan ayam.

Gaul sebati.


Masukkan air 1 1/2 cawan. Dan gaul lagi.

Perasakan dengan garam. Masak dalam 15 minit.

Apabila kuah hampir kering,  masukkan Karamel pekat 2 1/2 sudu besar.

Gaul sampai ayam and kuah jadi pekat atau kering.

Sumber : Suriakumari Perumal

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0