in , , ,

Resipi Bingka Pandan Berkerak. Kisar Sahaja Semua Bahan.

Kuih Bingka Pandan dan Bengkang Pandan memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Rasa lemak manis dengan rangup kerak bahagian atasnya cukup enak dan sesuai dibuat hidangan pagi dan minum petang.

Resipi bingka pandan yang dikongsikan Eija Man ini cukup mudah untuk disediakan, hanya kisar semua bahan dan terus dibakar.

 

Bahan :

4 biji Telur

2 cawan Tepung gandum

1 cawan Gula

1 cawan Air dan Pandan

2 cawan Santan

Pewarna hijau

Sedikit garam

1 sk Marjerin

Bijan

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan kecuali bijan di dalam pengisar. Kisar sehingga halus dan sebati.
  2. Lengserkan minyak pada acuan atau loyang dan panaskan loyang dahulu.
  3. Kemudian baru tuangkan adunan dan tabur bijan.
  4. Bakar pada suhu 180c selama satu jam atau sehingga masak mengikut ketuhar masing-masing.

Kredit resipi & foto : Eija Man

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0