fbpx

Resipi Brownies Kedut Guna Marjerin. Tak Perlu Guna Mixer Dan Lebih Mudah Nak Buat.

iCookAsia

Banyak resipi Brownies telah dikongsikan dan terpulang kepada korang untuk mencuba mana satu yang lebih mudah dan sesuai. Jika korang ingin cuba resipi menggunakan marjerin dan tanpa mixer, cubalah resipi perkongsian Meera Aziz.

 

Bahan A :

1 1/4 bar Coklat Masakan

1/2 cawan Marjerin Pelangi

 

Cara :

  1. Cairkan coklat secara ‘double boil’. Selepas coklat cair , masukkan majerin. Kacau sehingga larut dan biarkan suam.

 

Bahan B :

1 cawan Gula Perang

2 biji Telur

 

Cara :

  1. Campurkan gula perang dan telur, kemudian kacau sebati selama tiga minit. Tidak perlu menggunakan mixer, hanya gunakan whisk atau spatula sahaja.

 

Bahan C :

1 cawan Tepung Naik Sendiri

2 sb Serbuk Koko

Secubit Garam

 

Cara :

  1. Ayakkan bahan dalam satu bekas dan campurkan bahan A ke dalam bahan B. Kacau sehingga sebati dan masukkan pula bahan C. Gaul sebati dan tuangkan ke dalam loyang. Lapikkan dengan baking paper.
  2. Bakar selama 40 minit pada suhu 180c.

 

Bahan Hiasan :

Nutella

Strawberries

Kredit resipi & foto : Meera Aziz

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x