fbpx

Resipi Chee Cheong Fun Bersama Sos Pedas Dan Manis Secara Homemade. Confirm Halal Dan Bersih Bila Masak Sendiri

iCookAsia

Pasti ramai penggemar hidangan makanan Cina, Chee Cheong Fun di sini kan? Namun bukan mudah untuk dapatkan yang halal. Dan di sini kami kongsikan resipi chee cheong fun lengkap beserta sos pedas dan sos manis.

Jika rajin, sewaktu mengukus kueteaw, boleh masukkan udang atau ayam di dalamnya dan gulungkan bersama selepas masak. Kemudian tuangkan sos. Sedap.

Terima kasih Nurul Aneesa Shahrulzaman atas perkongsian resipi.

 

Bahan Kueteaw :

3 cawan Tepung beras

3 sb Tepung gandum

Boleh campurkan sedikit tepung ubi kayu

4 cawan Air

Secubit Garam

Cara :

  1. Bancuh semua bahan dalam satu jag dan kacau rata.
  2. Kukus lapisan demi lapisan bancuhan tepung tadi di atas tudung periuk.
  3. Sebelum itu sapukan sedikit minyak masak di atas tudung periuk dan kukus selama 15 minit.
  4. Gulungkan dan ulang sehingga adunan habis.

Bahan Sos Kuah Cili :

3 ulas Bawang putih

Cili mesin

Kacang tanah – siap digoreng

1/2 cawan Air

1 sk Garam

Cara :

  1. Kisar semua bahan dan masak di atas api.
  2. Kemudian masukkan 2 sudu besar tepung jagung. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
  3. Tunggu hingga mendidih dan siap.

Bahan Sos hitam :

2 sb Taucu Jalen (mesti guna jenama ini)

2 sb Sos cili

2 sb Sos tiram

4 sb Kicap manis

3 sb Kicap Masin

1 buku Gula melaka

Minyak bijan

3 sb Tepung jagung

2 sb Tepung gandum

4-5 tangkai Cili kering

3 ulas Bawang putih

Air

Cara :

  1. Sangai cili kering bersama bawang putih sebentar bagi mengeluarkan baunya. Kemudian kisar bersama kicap manis, kicap masin, sos tiram, sos cili, taucu dan air sehingga halus.
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak.
  3. Masukkan gula melaka dan 3 cawan air. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan beberapa titis minyak bijan, jangan terlalu banyak.
  5. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Sesuaikan dengan kepekatan yang dimahukan. Boleh tambahkan gula, garam dan kicap. Selepas mendidih tutup api dan tapis.
  6. Siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto : Nurul Aneesa Shahrulzaman

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x