fbpx

Resipi Daging Masak Kicap Berempah. Perfect Untuk Masakan Tengahari Ni

iCookAsia

Pernah dengar Daging Masak Kicap Berempah itu macam mana? Kalau masak untuk tengahari, memang lengkap menu untuk hari itu. Bukan itu sahaja, rasa nya pun sedap dan mengenyangkan. Bahan yang digunakan pun mudah sahaja untuk dicari.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Tengku RosElyza Raja Muhammad perkongsian resipi Daging Masak Kicap Berempah ini 🙂

Bahan-bahan:

500 g daging (Boleh guna daging batang pinang)

2 biji bawang merah besar

4 ulas bawang putih

5-6 biji cili padi (Tidak perlu letak kalau tak makan pedas)

Cili kering kisar (agak-agak sahaja)

1 sudu jintan manis

Rempah 4 sekawan

2 sudu besar sos cili

Kicap (Tiada anggaran, tuang sahaja dalam daging itu nanti)

1 sudu besar sos tiram

Air secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

Bawang holland (dihiris kasar)

2-3 helai daun limau purut

1 inci halia

1-2 batang serai (diketuk)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumbuk kasar atau kisar kering bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Jintan manis ditumbuk halus.
  2. Kemudian, tumis bahan ini beserta rempah 4 sekawan dan serai.
  3. Apabila sudah naik bau, masukkan cili kisar dalam 2 senduk kecil.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
  5. Masukkan daging. Tumis sekejap dalam 5 minit. Tambah air dan tutup kuali.
  6. Perlahankan api dan biarkan daging itu empuk. Jika sudah hampir kering, tambah air lagi sedikit.
  7. Seterusnya, baru tambahkan kicap. Boleh letak berapa banyak mengikut citarasa masing-masing. Kalau ada kicap pekat lagi bagus.
  8. Apabila daging sudah empuk, masukkan pula bawang yang dihiris dan daun limau purut. Tambah air sikit lagi dan masak lagi sampai mendidih.
  9. Akhir sekali, letak garam dan gula secukup rasa. Kacau-kacau sekejap dan boleh tutup api. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x