fbpx

Resipi Donut #Kampungpeople. Rugi Kalau Tak Cuba. Agituewww

iCookAsia

Walau donut kampung, tapi kesedapan dia jangan nak dipertikai. Kalau laku keras tandanya sedap tahap minta ampun. Tak susah pun nak buat, yang penting kena ada keazaman.

Jelas pemilik resipi Sinar Cahaya, ada tips masa yang sesuai untuk menggoreng donut. Apabila diangkat doh yang dibentuk itu, ia terasa ringan. Haaa kalau macam tu, cepat-cepat panaskan kuali.

โ€œsalah satu jualan harian…. pau kg inti kacang merah…. donut kg…wlupun sekadar donut kg…masih lagi dpt ring..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š ….sape nk resepi…nnt sy up

RESEPI DONUT KAMPUNG

Bahan :

1 kg tepung gandum 1 kg

4 sudu makan gula

4 sudu makan majerin

4 sudu makan susu pekat

1 paket yis

4 cawan air (anggaran)

 

Cara :

1.Campurkan semua bahan. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan. Selepas itu biarkan sehingga doh naik dua kali ganda.

2.Tumbuk-tumbuk dan uli manja doh dan bentukkan menjadi donut. Tidak perlu gunakan acuan, bentukkan guna tangan dan tebuk lubang menggunakan penutup botol mineral.

3.Rehatkan adunan dan biarkan ia naik dua kali ganda. Donut harus cukup ringan sebelum digoreng.

4.Masa yang sesuai untuk menggoreng ialah apabila dipegang, ia terasa ringan.

5.Goreng sebelah dan hanya terbalikkan bila sudah masak.

Sumber :ย Sinar Cahaya

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x