fbpx

Resipi Ibu Sambal. Jimatkan Masa Memasak Di Dapur. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Pes ibu sambal ini cukup memudahkan kaum ibu memasak di dapur, jimat masa dan boleh tahan sehingga berbulan-bulan.

Resipi yang dikongsi ini dapat menghasilkan tiga liter ibu sambal dengan hanya 500 gram cili kering.

“Persiapan Dapur Ramadhan? Sama ja mcm hari2 biasa, restock pes ibu sambal banyak2. Letih sehari, bahagia sebulan.. amboiiii.”

 

Kisar dan Tumiskan :

7-10 biji bawang besar

1/2 labu bawang putih

Ikan bilis segenggam

1 kuib ikan bilis

Cara :

1. Kisar cili kering bersama minyak dan masukkan ke dalam tumisan bawang tadi sampai pecah minyak: 500g cili kering kedut (belah tengah, rebus, basuh dan toskan, buang biji). Minimumkan penggunaan air sewaktu kisar untuk memendekkan masa menumis. Tutup kuali supaya sambal tidak memercik. Selalu kacau supaya tidak hangit.

 

2. Kemudian masukkan :

Air asam jawa secukupnya

4sk penuh garam kasar

5sb penuh gula

Hirisan bawang besar

3. Selepas itu biarkan sejuk, masukkan ke dalam bekas dan simpan.

4. Stok lebihan boleh simpan di bahagian beku. Nanti bila nak baru keluarkan.

5. Ibu sambal yang diletakkan di bahagian chiller peti ais tidak akan berkulat kerana minyak dalam sambal akan membeku pada suhu rendah.

6. Jika ingin memasak sambal sotong/udang/ikan/masak merah dan lain-lain, hanya ambil 4-5 sudu sahaja dan tambah bahan apa yang patut. Jimat masa tidak perlu nak menumis lama-lama.

7. Lebihan minyak tidak perlu dibuang. Boleh gunakan untuk memasak nanti.

Tips :

1. Jika tidak mahu sambal pahit, basuh cili kering bersih-bersih, buang biji dan hitam di dalamnya. Selepas rebus, bilas bersih-bersih.

2. Bawang jika sudah naik pucuk, buang bahagian hijau kerana nanti akan pahit.

3. Bawang putih tidak perlu banyak. Hanya banyakkan bawang besar kerana lebih sedap dan manis semulajadi.

4. Jika masak dalam kuantiti yang banyak, seeloknya gunakan garam kasar. Jika guna garam halus akan rasa pahit.

5. Boleh letakkan belacan namun pastikan belacan tiada rasa pahit.

 

Sumber : Nurul Nabilah

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x