fbpx

Resipi Inti Sardin Paling Marvelous Dan Premium. Dipadankan Dengan Ubi Kentang Sagat Digoreng Garing. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Resipi inti karipap kali ini berbeza dan unik kerana bukan sahaja menggunakan sardin semata-mata, namun diserikan dengan penggunakan ubi kentang yang disagat dan digoreng garing.

“Assalammualaikum semua. Mohon maaf yg dh lama tunggu resepi ni. Nie resepi dr mak sy lama dh kami guna.

Resepi ni jugak kami buat bisnes karipap pusing frozen (siapa yg pernah mkn karipap pusing sardin sy dr ariera kitchen mesti ketagih nk mkn lagi) Korang boleh guna resepi ni utk tambah pendapatan dan juga utk makan-makan sekeluarga. Saya Halal kan.

Dan HARAM bagi sesiapa yang COPY PASTE menggunakan resepi ini untuk tujuan pembelajaran online (PJJ YG BERBAYAR). Nie adalah resepi keluarga saya. Tidak ada kena mengena dgn resepi kelas berbayar. Jika ada individu yg claim ini adalah resepi kelas beliau boleh wasap sy ea.

Harap maklum. Doakan sy dan keluarga di murahkan rezeki selalu. InsyaAllah Aamiin. Daa

#resepi_inti_sardin_mabeles

#arierakitchen.”

 

RESEPI INTI SARDIN (PREMIUM,DAN MABELES)

Bahan :

Bahan A :

1 tin sardin 300gm (cap ayam brand, ikan mackerel,tulisan hitam) – dibuang tulang tengah ikan sardin dan dilecek

 

Bahan B :

200 gm cili kisar( cili kering boleh,cili boh puan boleh)

Ikut pada tahap kepedasan cili kering yang dipakai. Kalau tak nak pedas boleh kurangkan kuantiti

Kuantiti cili kisar yang digunakan 300 gm sebab saya pilih cili kering yang kurang pedas.

Kuantiti cili kisar boleh dikurangkan tetapi inti sardin yang dimasak akan kurang warnanya.

Inti sardin akan lebih cantik jika kemerah-merahan.

Minyak yang cukup untuk menumis

 

Bahan C :

Sedikit gula

Sedikit garam ( kalau nak letak)

Sedikit perencah cukup rasa

 

Bahan D :

100 gm bawang besar (di potong bulat-bulat)

Sedikit asam keping

 

Bahan E :

300 gm ubi kentang – kopek, basuh bersih dan sagat.

Sagat menggunakan sagat yang halus. Kalau besar pun boleh tetapi jangan nampak di dalam inti. Kalau boleh tidak mahu kentang nampak di dalam inti dan untuk mengekalkan rasa sardin.

Basuh ubi kentang yang disagat dan toskan airnya sehingga kering sebelum digoreng.

Goreng di dalam minyak yang mencukupi. Jangan terlalu banyak dan jangan kurang sangat sehingga susah untuk garing.

Selepas siap, toskan minyak dan ketepikan.

Cara :

1. Siapkan dahulu bahan E. Setelah bahan E siap baru lah ikut langkah-langkah di bawah.

2. Lenyekkan bahan A. Ketepikan.

3. Tumis bahan B sehingga garing menggunakan minyak untuk menggoreng ubi kentang tadi. Minyak harus pandai disesuaikan supaya cili dapat masak dengan sempurna dan garing.

4. Apabila bahan B sudah garing, masukkan bahan A tadi. Masukkan sedikit air di dalam bekas sardin tadi, jangan terlalu banyak.

5. Tumis bahan A dan B sehingga cukup masak.

6. Apabila sudah garing, masukkan bahan C (perasa). Sebatikan dan rasa. Kalau kurang boleh tambah apa yang patut mengikut citarasa.

7. Masukkan bahan D dan gaul sebati sehingga bawang layu dan masak dengan betul inti sardin tadi.

8. Akhir sekali, masak sehingga agak kering sedikit, dan masukkan bahan E. Gaul sebati semuanya.

9. Tambah apa yang kurang dan tutup api. Ketepikan inti di tepi kuali untuk sejatkan lebihan minyak.

 

10. Bolehlah digunakan untuk inti Karipap pusing, Pau goreng dan Roti sandwich.

Sumber : Amirah Najwa Ab Razak‎

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x