fbpx

Resipi Kari Hijau Ayam Thailand. Sekali Makan, Mesti Nak Tambah Lagi!

iCookAsia

Bagi yang rindukan masakan Thailand terutamanya kari hijau atau green Thai curry ni, jom cuba buat sendiri. Boleh la terubat rindu nak jalan-jalan cari makan di Thailand.

Terima kasih Fieya Jemah untuk perkongsian resipi Kari Hijau Ayam Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

½ ekor ayam 1/2 ekor

4 biji bawang merah kecil*

4 ulas bawang putih*

13 biji cili hijau*

3 batang serai*

3 batang akar ketumbar + daun sikit*

4 biji cili hijau besar*

1 sudu biji ketumbar*

1 sudu jintan manis*

3 inci lengkuas*

Terung hijau

Daun basil/selasih

1 kotak kecik santan

Daun limau purut

2 sudu sos sotong

Cara memasak:

  1. Kisar atau tumbuk bahan-bahan*. Garnish terung hijau dan daun selasih.
  2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
  3. Masukkan ayam (boleh goreng dulu kalau nak).
  4. Masukkan terung hijau dan santan. Masukkan pula daun limau purut.
  5. Masukkan sos sotong dan biarkan kuah menggelegak.
  6. Taburkan daun selasih, perasakan ikut citarasa anda.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fieya Jemah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x