in , , ,

Resipi Kek Pandan Layer. Lemak Berkrim Dan Tetap Sedap Walau Hanya Pakai Tepung Kastard.

Resipi Kek Pandan Layer ini merupakan resipi asal Norliyana Ahmad Nuri dan dikongsikan kembali oleh Asma Hatta. Selalunya resipi untuk bahan kastard akan menggunakan Tepung Hoen Kwe, namun resipi ini menggantikannya dengan tepung kastard, susu cair dan santan, Dan tetap lemak berkrim dan enak.

 

Bahan kek :

150 gm Tepung superfine

120 gm Gula kastor

5 biji telur gred A

1 st Baking powder

1 sb Ovallete

90 ml Susu cair

90 ml Minyak jagung

1 st Esen vanila

Sedikit pes pandan

Pewarna hijau

 

Cara :

  1. Ayak tepung bersama baking powder. Kemudian masukkan tepung, gula, ovallete dan telur ke dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga adunan kembang dan putih. Jangan overbeat kerana nanti kek tak cantik.
  2. Masukkan susu cair, esen vanila, pes pandan dan pewarna hijau. Pukul rata.
  3. Kemudian masukkan minyak dan kaup balik adunan dengan spatula sahaja.
  4. Panaskan ketuhar terlebih dahulu.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang 8 atau 9 inci. Lapikkan loyang dengan baking paper. Bakar kek pada suhu 150c selama 50 minit.
  6. Selepas siap dibakar, keluarkan daripada ketuhar dan terus terbalikkan kek di atas redai dan biarkan selama 5 minit dan baru angkat loyang. Kemudian terbalikkan semula kek. Biarkan sejuk.

 

Bahan Kastard Pandan :

200 ml Santan kara

800 ml Air

200 ml Susu cair

100 gm Tepung kastard – ayak

115 gm Gula castor

1 st Garam

10 gm Agar-agar serbuk

Pes pandan

Pewarna hijau

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan dalam periuk dan kacau menggunakan api perlahan. Kacau sehingga pekat.
  2. Sebelum kastard masak, potong kek siap-siap beberapa lapis yang disukai.
  3. Sediakan loyang.
  4. Cara melapis, renjis loyang dengan air masak. Jika potong kek kepada dua bahagian, bahagikan kastard kepada tiga bahagian.
  5. Mula-mula ceduk kastard masuk ke dalam loyang dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letakkan di atasnya. Kemudian cedukkan lagi kastard dan ratakan di bahagian tepi. Pastikan kastard rata sehingga ke bahagian tepi loyang. Hentakkan loyang supaya kastard rata. Ambil lapisan kek kedua dan letakkan di atasnya. Dan tutup lapisan akhir dengan kastard, ratakan dan hentak loyang.
  6. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam.
  7. Cara untuk keluarkan kek, lalukan hujung pisau ke bahagian tepi loyang tetapi jangan sampai ke bahagian bawah loyang. Tegakkan loyang dan hentakkan sedikit supaya kek renggang daripada loyang.
  8. Ambil papan kek dan letakkan di atas loyang. Pegang kuat-kuat dan baru terbalikkan. Apabila rasa kek sudah turun, baru angkat loyang perlahan-lahan.

Kredit resipi & foto : Asma Hatta

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0