fbpx

Resipi Kuah Yong Tau Fu Yang Sedap Dan Mantap.

iCookAsia

Kalau teringin makan Yong Tau Fu, cara paling senang ialah beli di pasar malam. Untuk mendapatkan bahan steambot memang mudah kan, hanya celur dengan air panas dan siap. Namun yang menjadi kekangan ialah di mana nak mendapatkan kuah hitam dan merah.

Jadi kami kongsikan resipi perkongsian Riza Molinda supaya korang dapat sediakan sendiri di rumah. Bolehlah makan sepuas hati.

Resipi asal daripada Hamidah ida.

 

Kuah Hitam

Bahan :

2 sb Taucu

2 sb Tepung jagung

2 sb Tepung gandum

3 sb Kicap pekat

3 sb Sos tiram

4-5 sb Gula

3 cawan Air

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan sehingga halus.
  2. Selepas itu masak sebentar sehingga mendidih.

 

Kuah Merah

Bahan :

1/2 cawan Kacang tanah yang sudah digoreng

1 sb Tepung gandum

1 sb Tepung jagung

4- 5 sb Gula

3 cawan air

1/4 sb Garam

3 sb Cili kisar

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan kecuali cili kisar sehingga kacang halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis dua ulas bawang putih yang diketuk. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga kering.
  3. Masukkan semua bahan kisar dan masak sehingga kuah pekat dalam 5 minit.
  4. Boleh makan dengan bebola, sosej, sayur kangkung dan sotong.
  5. Campurkan kuah untuk sesuaikan rasa pedas dan tabur bijan sangai dan bawang goreng.

Kredit resipi & foto : Riza Molinda

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x