in , , ,

Resipi Kuih Koci Pulut Hitam. Enak, Lembut Dan Tak Liat

Ramai yang suka makan kuih koci pulut hitam, namun tak ramai yang rajin nak menguli kan? Tapi mana nak dapatkan sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya.

 

RESIPI KUIH KOCI MELETOP

 

Bahan Inti :

2 biji kelapa

1 cawan Gula merah

1/2 cawan Gula pasir

1 st garam

2 cawan air

2 helai daun pandan

2 sb tepung gandum

 

Cara :

1.Masak bahan sampai hampir kering.

2.Masuk tepung dan kacau rata.

3.Keringkan. Apabila sudah sejuk, bulatkan.

**Kalau suka lebih manis tambah gula

 

Doh Koci :

100 g pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)

500 g tepung pulut

3 sb tepung gandum

Air secukupnya

 

Cara :

1.Tapis pulut yang dikisar untuk dapatkan pati. Nak mudah guna tepung pulut hitam tapi rasanya lain.

2.Campurkan bahan uli sampai dan jadikan doh macam buat onde-onde.

 

Santan :

1/2 kg santan

2 cawan air

1 st garam (klau suka masin lebih kan)

3 sb tepung jagung

3 sb tepung beras

 

Cara :

1.Masak sampai pekat

 

Langkah akhir :

*Pastikan dah siapkan daun.

*Didihkan air.

*Ambil doh dan letak inti dan bulat-bulatkan kemudian masukkan ke dalam air didih td.

*Apabila doh dah timbul, toskan dan letak dalm adunan santan.

*Golek-golekkan biar bersalut.

*Letak atas daun dan bungkuskan.

Kredit : Izza Howzin

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0