fbpx

Resipi Kuih Lapis Paling Sedap Dan Lembut.

iCookAsia

Kuih legend ini memang banyak mengimbau kenangan zaman dahulu kan? Jika dahulu, inilah bentuk kuih lapis atau ramai yang memanggilnya kuih bendera. Resipi perkongsian Imah Akmal ini diakui paling sedap pernah dicuba dan lapisannya cukup lembut.

 

Bahan :

2 cawan Tepung beras

3 sudu Tepung gandum

3 sudu Tepung jagung

1 cawan Santan kotak kara

3 cawan Air

3/4 cawan Gula – sukatan dah sedap, jika suka manis boleh buat 1 cawan

Sedikit garam

 

Cara :

  1. Sebatikan semua bahan di atas dan tapis. Bahagikan kepada dua adunan. Adunan putih ditambah sedikit garam supaya rasa lemak. Lapisan lagi satu dimasukkan dengan sirap ros. Boleh mula melapis.
  2. Setiap satu lapisan dikukus selama 10 minit dan lapisan akhir sekali dikukus selama 20 minit.
  3. Selepas itu buka penutup pengukus dan kukus sebentar sehingga air kering dipermukaan kuih.

Kredit resipi & foto : Imah Akmal

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x