fbpx

Resipi Lengkap Ayam Penyet Dan Pecal Lele. Siap Ada Cara Nak Buat Serdak Rangup.

iCookAsia

Biarpun sukar menelan kenyataan bahawa negara kembali dilanda peningkatan kes Covid-19, sebagai rakyat Malaysia, perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan duduk dirumah bagi mengelakkan penularan wabak.

Dan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah bermula 13 Oktober sehingga 26 Oktober dan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 sehingga 27 Oktober, kita dinasihatkan agar duduk di rumah dan hanya keluar apabila ada hal penting sahaja.

Jadi kita teringin untk menikmati Ayam Penyet atau Pecal Lele, apa kata sediakan sendiri di rumah mengikut resipi yang dikongsikan Nor Khomariah Norrohman. Meleleh air liur.

 

Bahan :

1 labu Bawang Besar

3 ulas bawang Putih

4 biji Cili merah

20 biji Cili padi hijau

3 biji Tomato

Sedikit Belacan

Ikan bilis – pilihan

 

Cara :

  1. Goreng bahan-bahan di atas. Pemilik resipi menggoreng dahulu ikan bilis sehingga garing dan baru masukkan bahan-bahan lain. Goreng sehingga layu dan toskan.
  2. Kemudian boleh dikisar atau ditumbuk. Kisar kering dan jangan campurkan air.
  3. Perasakan dengan garam dan perasa.
  4. Selepas kisar, tumis kembali sambal tadi gunakan minyak tadi. Jika tidak mahu tumis pun tidak mengapa.

 

Bahan ayam goreng :

4 sb Tepung gandum

4 sb Tepung jagung

Sedikit serbuk kunyit

Rempah kari gaging

Garam

Perasa

 

Cara :

  1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan lain dan goreng.
  2. Apabila ayam sudah masak, toskan dan ketuk dengan batu lesung.

 

Ikan keli :

  1. Cuci dan kelar ikan keli dan gaulkan dengan tepung untuk menggoreng ayam tadi.
  2. Boleh gunakan air fryer jika tidak mahu ikan meletup. Spray minyak masak sedikit supaya ikan tidak terlalu kering.

 

Bahan lain :

Tempe dan tauhu – goreng sehingga garing

Salad

Kacang Panjang

Timun

Kobis

Timun

 

Bahan sup :

Air secukupnya

2 ketul Kiub ayam

3 ulas Bawang putih – diketuk

1 inci Halia – diketuk

 

Cara :

  1. Rebus semua bahan. Boleh letakkan kaki ayam atau bebola jika sika.
  2. Perasakan dengan garam dan perasa. Tidak letak pun tak mengapa kerana kiub ayam sudah cukup rasa.
  3. Selepas masak tabur bawang goreng dan daun sup.

 

Bahan serdak ayam :

10 sb Tepung beras

2 biji Telur gred c

1 cawan Air sejuk

Sedikit serbuk kunyit

Sedikit serbuk kari daging

Garam dan perasa

 

Cara :

  1. Bancuh semua bahan sehingga sebati. Letakkan dalam botol roti jala yang berlubang lima.
  2. Sewaktu menggoreng, angkat tinggi botol dan tuang dalam kuali. Masak sehingga garing.

 

Nasi :

  1. Tanak nasi seperti biasa. Boleh masukkan satu cawan air sup. Jika tak mahu pun tak mengapa.

Kredit resipi & foto : Nor Khomariah Norrohman

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x