fbpx

Resipi Mudah Buat, Paprik Ayam Thai. Confirm Sedap Dan Rasa Yang Padu!

iCookAsia

Kalau ada lauk Paprik Ayam pun sudah mencukupi tau. Dengan rasa nya yang sedap, memang makan nasi berpinggan. Kebiasaanya ramai yang buat paprik seafood, hari ini Admin nak kongsikan resepi oleh seorang wanita ini iaitu Paprik Ayam pula.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ariana Sofia Ahmad perkongsian resipi Paprik Ayam Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

4 ketul ayam (isi + tulang- dipotong dadu)

3 sudu besar cili giling

3 sudu besar sos cili thai

3 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap manis

4 batang kacang panjang (dipotong)

1 batang lobak kecil (dihiris nipis)

2 biji bawang merah (dihiris)

4 ulas bawang putih (diketuk)

1 batang serai (diketuk)

3-5 biji cili api

2 biji tomato (dipotong 6)

Sedikit bunga kobis (dipotong kecil)

6 batang baby jagung (dipotong menyerong)

6 helai daun limau purut

1/2 cawan air

Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat:

  1. Masukkan minyak untuk menumis.
  2. Selepas itu, masukkan bawang merah, bawang putih dan serai.Tumis sekejap.
  3. Kemudian, masukkan cili giling, tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, sos cili thai, sos tiram dan kicap. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam bertukar warna putih.
  6. Masukkan daun limau purut dan air serta masak sehingga mendidih.
  7. Masukkan lobak, bunga kobis, kacang panjang. Kacau sehingga sebati.
  8. Seterusnya, Apabila sudah mendidih, masukkan cili api dan masak sehingga kuah pekat.
  9. Akhir sekali, masukkan tomato. Kacau sekejap dan tutup api. Boleh dihidangkan.

Nota tambahan: Tidak perlu tambah gula dan garam. Sos tiram sudah masin dan sos cili thai sudah manis. Boleh tambah lagi cili api jika suka pedas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ariana Sofia Ahmad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x