in ,

Resipi Nan Cheese Boleh Tarik Sampai Atas. Kalau Ada Lebih Boleh Simpan Cara Frozen dan Masih Dapat Hasil Yang Sama.

Dah bosan hidangan yang sama untuk makan petang? Jom cuba resipi extra hari ni dengan membuat Nan Cheese macam di kedai mamak. Kebiasaannya, Nan Cheese senang untuk dapatkan di kedai mamak. Tetapi disebabkan musim PKPB sekarang, kita masih perlu duduk di rumah tanpa keperluan dan untuk menjaga keselamatan. Betul tak? Jadi, mari sediakan cheese mozzarella banyak banyak di rumah untuk dapatkan effect tarik cheese tinggi-tinggi tu, baru puas kan…

Terima kasih Ain Kamarudin untuk perkongsian resipi Nan Cheese ini 😀

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 ½ sudu besar yis
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
¾ cawan air suam
Secubit garam
Cheese mozzarella

*Adunan 2 cawan tepung ini boleh dapat 4 keping nan saiz macam dalam gambar.

Cara Membuat:
1. Campur yis, gula dan susu pekat dalam air suam.Tunggu hingga yis kembang.
2. Gaul marjerin dan garam dengan tepung gandum.
3. Masukkan campuran yis dan gaul rata sehingga adunan tidak melekat di tangan.


4. Rehatkan doh selama 30 hingga 45 minit.


5. Tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin dan kemudian bentuk kan pada saiz bulat. Gelek dan letak cheese.
6. Bulatkan dan gelek semula. Rehatkan doh sekejap.
7. Anda boleh masak atas pan. Tutup pan dan masak dengan api kecil.
8. Setelah masak boleh sapu sikit marjerin di bahagian atas untuk effect kilat.

Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ain Kamarudin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0