in ,

Resipi Nasi Ambeng Dengan Lauk Ayam Ungkep. Cuba Sekali Pasti Nak Tambah Lagi!

Nasi Ambang ini antara menu yang sangat popular di kalangan masyarakat Jawa-Melayu di Selangor dan Johor. Cara penyediaannya juga sangat menarik kerana terdapat pelbagai lauk dalam satu talam dan ia nya untuk dimakan di majlis keramaian.

Untuk episod kali ini, Datin Adek ditemani oleh Puan Asnah Ahmad yang merupakan seorang peguam untuk menyediakan hidangan Nasi Ambang dan kongsikan resipi Ayam Ungkep.

 

Resipi Nasi Ambang ini diambil daripada buku Malaysia’s Culinary Heritage, hasil kerja Datin Kalsom dan Datin Hamidah.

Anda boleh dapatkan buku ‘Malaysia’s Culinary Heritage’ ini secara ‘online’ di – https://shop.icookasia.com/

Hidangan untuk 8 orang

Bahan-bahan:
4 cwn beras, dicuci sehingga air basuhan jernih dan ditus
41⁄2 cwn air
Didihkan nasi dalam periuk elektrik sehingga masak.

Bahan-bahan Ayam ungkep:
1 ekor ayam, potong mengikut saiz yang disukai, dicuci dengan perahan limau dan ditus
1 cwn minyak masak

Bahan untuk menumis:
3 cm kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 butir pelaga
2 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan yang dikisar:
20 ulas bawang merah, dikupas dan dicincang
10 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang
3 cm halia, dikupas dan dicincang
2 cm lengkuas, dikupas dan dicincang
8 biji buah keras, dicincang

4 btg serai, dititik
4 cwn santan
4–5 sdm rempah kari daging
1–2 kpg asam gelugur, dibilas
1⁄2 cwn air
3 sdm kicap pekat manis
2 sdm gula Melaka disagat
garam secukup rasa
6 kpg daun limau purut
4 kpg daun salam

2 sdm pes kerisik
1 helai daun kunyit, diracik kasar

Cara membuat:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah, bahan yang dikisar dan serai. Goreng sehingga naik bau dan garing.
2. Masukkan ayam dan goreng sehingga ayam mengecut sedikit dan masukkan bahan-bahan lain kecuali pes kerisik dan daun kunyit.
3. Rebus ayam perlahan-lahan menggunakan api yang kecil dan kacau selalu. Apabila ayam hampir masak, masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak hingga pecah minyak, ayam empuk dan disaluti dengan kuah.

Selamat mencuba!

Video resipi ini adalah hasil kerjasama Sime Darby Oils dan Kalsom Taib Publishing.

Untuk maklumat lanjut tentang Sime Darby Oils, sila layari: https://www.simedarbyoils.com/ atau di:
Instagram: https://www.instagram.com/simedarbyoils/?hl=en
Facebook: https://www.facebook.com/simedarbyoils/
Facebook Minyak Masak ALIF: https://www.facebook.com/officialMinyakMasakALIF/
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCuJFGGhM3Y35x-8ckmyH3_A

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0