in , , ,

Resipi Nasi Dagang Asli Terengganu. Langkah Mudah Nak Masak.

Menurut pemilik resipi Raja Azlina, Nasi Dagang lebih mudah untuk disediakan berbanding resipi nasi yang lain. Namun perlulah mengikut tertib dan teknik yang betul. Jelasnya lagi, orang Terengganu lebih gemar menggunakan rempah homemade ataupun rempah Cap Bunga Ros.

“Subuh subuh lagi kukus, ‘arong’ dan menggulai. Kalau bandingkan dengan nasi lain, nasi dagang ni lebih senang sebenarnya nak masak. Lebih kepada teknik. Bahan sangat tak banyak guna. Nasi dagang Terengganu ginilah. Masok kene dengang tertib terning oghang Teganung kate. Baru jaddi.

Selalunya oghang Teganung gune repoh cap bunga Ros. Kami lagi suka guna rempah ‘homemade’ nenek dan rempah gulai Dayang Suri. Nasi dagang warisan Terengganu. Semoga anak-anak Terengganu tidak lupa makanan tradisi ini. Marilah kita berkongsi resepi.

“Arong = gaul sebati”

Bahan Nasi :

1 kg Beras wangi

2 cawan Santan cair – guna cawan metrik

2 cawan Santan pekat

4-5 ulas Bawang merah – dimayang sangat halus

1 inci Halia – dimayang sangat halus

1 sb Halba

Garam

Gula

 

Cara :

  1. Rendam beras wangi semalaman. Esoknya cuci bersih-bersih.
  2. Panaskan kukusan dan alas kukusan dengan daun pisang.
  3. Kukus pulut untuk kali pertama selama 20 hingga 30 minit.
  4. Keluarkan nasi daripada pengukus dan masukkan ke dalam besen besar.
  5. Campurkan bersama santan cair dan gaul sebati.
  6. Kukus semula dan sewaktu kukus kali kedua, terus masukkan halba dan kukus sehingga masak dalam anggaran 20 minit.
  7. Masukkan lagi sekali nasi ke dalam besen besar dan kali ini gaulkan bersama santan pekat yang telah diperasakan dengan garam dan gula pula.
  8. Setelah sebati, masukkan halia dan bawang merah yang telah disiap dimayang. Siap.

Bahan Gulai Ikan Tongkol :

1 ekor Ikan tongkol – Kukus/rebus dahulu ikan bersama asam keping, garam dan gula nisan semalaman

10 ulas Bawang merah – kisar

4 ulas Bawang putih – kisar

1 inci Halia – kisar

1 inci Lengkuas – kisar

3-4 sb Cili boh

200 ml Santan – agak-agak, kalau tak nak berlemak sangat, jangan letak banyak

Asam keping

Nisan kerek

Garam

5 sb Rempah gulai – terpulang apa-apa jenis rempah. Nak lebih, boleh tambah.

Minyak secukupnya untuk menumis.

Cara :

  1. Panaskan minyak yang banyak. Nak gulai cantik, kena gunakan minyak yang banyak.
  2. Masukkan bahan kisar dan campuran rempah bersama cili boh. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ikan dan masak lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ikan, asam keping (terpulang berapa kerana ikan sudah direbus dengan asam keping) dan santan. Masak sehingga mendidih.
  5. Siap untuk dihidang.

 

Bahan Acar :

Timun batang

Lobak merah

Bawang merah

Cili merah besar

Cuka

Garam

Gula

 

Cara :

  1. Potong semua panjang-panjang dan tirus. Campurkan semua dan seimbangkan rasa.

Kredit resipi & foto : Raja Azlina

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0