fbpx

Resipi Oreo S’mores, Hanya Menggunakan Dua Bahan Sahaja!

iCookAsia

Kalau kita tengok kan, ramai sangat orang di luar sana variasikan resepi s’mores ni dengan cara mereka tersendiri. Ini bermakna s’mores ni merupakan salah satu makanan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia sebab ianya sangat sedap dimakan begitu sahaja apatah lagi minum bersama dengan kopi. Memang confirm nak tambah lagi.

Jadi, resepi kali ni, Admin nak share dengan korang resepi Oreo s’mores yang sedap dan senang je nak buat. 

Terima kasih Syaf Kun untuk perkongsian resipi Oreo Smores ini 🙂

Bahan-Bahan:

10 keping oreo

10 ketul marshmallow

Cara Penyediaan:

  1. Cucuk hujung marshmallow dengan batang sate atau juga boleh digunakan dengan chopstick.
  2. Kemudian, bakar marshmallow atas api yang kecil sahaja dan jangan lupa untuk jarakkan 3-5 cm sambil pusing perlahan-lahan sampai marshmallow itu bertukar kepada keperang-perangan.
  3. Kalau terbakar, cepat alihkan ianya daripada api tersebut dan tiup untuk mengelakkan marshmallow daripada terlebih “burn”. Pastikan jangan sampai hitam, nanti pahit rasanya.
  4. Pusingkan kepingan oreo tersebut dan letakkan marshmallow yang lembut tadi antara kepingan oreo tersebut serta rapatkan ia.
  5. Siap untuk dihidang.

Jangan lupa untuk makan terus tau sewaktu marshmallow masih suam panas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syaf Kun (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x