fbpx

Resipi Pajeri Terung, Mudah dan Sedap

iCookAsia

Bagi sesiapa yang gemarkan sayuran, anda wajib cuba resepi ini. Sangat mudah dan yang penting, rasanya sedap. Bukan itu sahaja, ia sesuai untuk dimakan dengan lauk lain juga. Lagi kena kalau makan dengan nasi panas.

Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.

Bahan- bahan:

4 biji terung

2 cawan santan

2 sudu serbuk kari

1 1/2 labu bawang besar (cincang halus)

2 ulas bawang putih (cincang halus)

1 inci kulit kayu manis

2 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

2 sudu udang kering

2 sudu gula melaka

1 sudu kerisik

2 sudu air asam jawa

Garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumbuk udang kering hingga hancur.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Diikuti dengan bawang besar.
  3. Apabila sudah layu, masukkan 4 sekawan dan tumis sehingga naik bau.
  4. Kemudian, masukkan udang kering yang sudah ditumbuk tadi dan tumis sebentar.
  5. Masukkan pula serbuk kari dan kacau rata.
  6. Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga pecah minyak.
  7. Seterusnya, masukkan santan, garam dan gula melaka. Kacau sehingga sebati dan biarkan hingga mendidih.
  8. Masukkan pula kerisik dan kacau sebati.
  9. Akhir sekali, masukkan terung. Balik-balikkan supaya masak rata dan biarkan ia mereneh sehingga masak dan pecah minyak. Sedia untuk dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videosIkuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x