fbpx

Resipi Papa Roti . Disertakan Step By Step Sampai Jadi. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Resipi Papa Roti yang dikongsikan Adah Ahad ini cukup lengkap dengan langkah demi langkah dan memudahkan andai baru pertama kali ingin menguli roti.

Malah jelasnya adunan yang diuli menggunakan tangan akan menghasilkan roti yang lebih lembut.

30 minit sebelum waktu berbuka, bolehlah bakar untuk santapan berbuka. Tak dapat bayangkan aroma wangi menerjah satu rumah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan didoakan agar pasangan ini dikurniakan zuriat atas izin Allah.

Resipi ini menggunakan Buttercup.

Tips untuk dapatkan roti yang lembut :

  • Untuk dapatkan roti yang lembut, uli tangan memerlukan waktu antara 30 hingga 40 minit.
  • Jika menggunakan mixer, masukkan semua bahan dan putar sehingga doh elastik.

 

Bahan Roti :

300 gm Tepung gandum / lebih kurang 3 cawan

½ cawan Gula

1 sb Marjerin

1 biji Telur

1 sb Yis

150 ml  Susu segar

 

Cara Uli Doh :

1. Masukkan 150 ml susu cair dan 1 sudu besar yis. Biarkan 10 minit supaya kembang. (Sekiranya sudah 10 minit tapi yis tidak kembang, bermaksud yis sudah tidak aktif atau rosak). Ketepikan.

2. Dalam bekas lain, masukkan tepung, gula, mentega / marjerin dan telur. Gaul sehingga tekstur menjadi seperti serbuk roti.

3. Apabila yis sudah kembang, masukkan ke dalam tepung dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Jangan tambah tepung, risau adunan keras. Uli dalam 30 minit sehingga doh licin.

4. Sudah siap uli, rehatkan doh sehingga satu jam supaya kembang dua kali ganda.

5. Apabila doh sudah kembang, tumbuk doh untuk membuang angin. Kemudian buatkan bulat-bulat kecil.

 

Inti Roti – boleh pilih salah satu :

1. Potong dadu butter. Selepas potong terus masukkan ke dalam peti sejuk supaya senang untuk dimasukkan menjadi inti.

2. 50 g butter dikacau bersama ¼ sudu teh esen vanilla dan 25 gm gula perang. Kacau sehingga menjadi krimer.

 

Bahan Topping :

50 g Tepung gandum

40 g Gula

60 g Butter

Sebiji Telur

3 sk Nescafe (bancuh dengan sedikit air suam. Jangan terlalu cair)

 

Cara :

1. Kacau butter dan gula sehingga menjadi krimer. Kemudian masukkan Nescafe yang dibancuh tadi dan kacau lagi.

2. Masukkan sebiji telur dan kacau lagi sehingga sebati. Masukkan pula tepung gandum, kacau dalam 5 minit. Masukkan dalam beg piping.

 

Langkah Akhir :

1. Selepas doh dibentukkan kecil-kecil, masukkan inti yang dibuat tadi ke dalam adunan. Kemudian bentukkan bulat dan rehatkan doh dalam 10 hingga 15 minit sebelum letakkan topping.

2. Putarkan topping kopi di atas doh separuh sahaja, jangan sampai ke bawah.

3. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah selsius dan bakar selama 20 minit.

Sumber : Adah Ahad

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x