fbpx

Resipi Pau Kukus Gebu Gebas, Kalau Buat Niaga, Confirm Licin.

iCookAsia

Hanya gunakan satu adunan, pau kukus boleh dipelbagaikan dengan pilihan inti kegemaran masing-masing. Resipi pau perkongsian Rosaslinda Md Nor ini menghasilkan pau yang cukup gebu dan lembut, sesuai untuk dibuat jualan.

 

Bahan :

1 kg Tepung pau – ayak

1 sk Baking powder – ayak

1 sk Garam

1/2 cawan Minyak jagung / minyak masak

2 1/4 cawan Air

11 gm Yis

1 sb Gula

2 sb Susu pekat manis

1 biji Telur

 

Cara :

  1. Ayak tepung pau dan baking powder bersama.
  2. Kemudian satukan semua bahan kecuali tepung dan kacau sehingga gula larut.
  3. Masukkan tepung yang diayak ke dalam mangkuk besar dan tuangkan adunan cecair sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan.
  4. Kemudian tutup doh dengan kain selama 5 minit.
  5. Selepas itu, ambil doh dan bulatkan sebesar bola pingpong (anggaran berat 35 gram). Kemudian leperkan.
  6. Masukkan inti yang telah dibulat-bulatkan sebesar guli (anggaran berat 12 gram). Tutup dan kemaskan.
  7. Letakkan doh di atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat atau bulat, atau letakkan atas paper cup yang dileperkan sedikit.
  8. Susun dalam rak kukusan dan jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  9. Biarkan doh naik satu kali ganda. Jangan terlalu naik kerana ia akan mengecut apabila dikukus dan membuatkan permukaannya keras dan menggerutu.
  10. Pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga airnya betul-betul mendidih. Balutkan tutup pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas pau yang membuatkan permukaan pau berkawah.
  11. Kukus pau selama 7 hingga 10 minit.
  12. Jika ingin membuat setengah adunan, kurangkan jumlah air, gula dan susu pekat. Sukatan yis tetap sama.
  13. Inti kaya dan kacang merah boleh dibeli di kedai bakeri.

Tips untuk frozen :

  1. Setelah pau sejuk daripada redai, simpan dalam bekas plastik yang kedap udara. Masukkan ke dalam bag plastik pun boleh.
  2. Simpan di dalam peti ais.
  3. Apabila nak makan, keluarkan dan kukus semula selama 1 minit

Kredit resipi & foto : Rosaslinda Md Nor

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x