in , , ,

Resipi Rempeyek Tanpa Santan. Tambah Daun Limau Purut Untuk Naikkan Aroma.

Resipi perkongsian Ridzuwan Syahh Ahmad ini dikongsikan bagi menyebarkan lagi ilmu kepada semua. Jelasnya, inilah resipi yang digunakan sepanjang tujuh tahun berniaga rempeyek dan kini disebarkan buat manfaat bersama.

“Nahh.. cara buat step by step pada yg kurang paham..hope dpt mmbantu.. pjj free tauu ��

Cuma sy mntak doakan ayah sy yg sakit strok tu sihat.. tu je..ambik la resepi ni.. iklas..

Kot ade yg nk buat bisnes.. boleh.. halal..

Share tau post ni..bia ramai yg dpt ilmu ni.. tq.

RESEPI INI TAK LETAK SANTAN YE..

BUKAN TERTINGGAL SANTAN

MEMANG TAK GUNA SANTAN.

 

“Bila da nk abis bncuhan tu biase die akan pekat.. so bolwh tmbah air sesikit bg die cair smula…

bahan atasnya ikut la nk letak kacang tanah ke bilis ke dhal ke kacang hijau..

Klu kcang hijau n dhal kne rendam smalam baru xkeras biler kite goreng..

Alhamdulilah da msuk tahun ke7 niaga peyek ngn resepi ni..

Harap bermanfaat”

 

Bahan :

1/2 kg Tepung beras cap gajah 3. Gajah 1 pon boleh kecuali cap teratai

Jintan manis

Jintan putih

Ketumbar

1 sudu sup Air kapur – kacau sedikit sahaja air dengan kapur yang mendap, jangan kacau rata

1 biji Telur

Daun limau purut – kisar hancur, jangan kisar halus. Tujuan untuk menaikkan lagi bau rempeyek

Garam

Ajinomoto – ikut selera

Air untuk bancuh – jangan pekat dan jangan terlalu cair

 

Cara :

  1. Untuk setengah kilogram tepung, jadikan ketumbar, jintan putih dan jintan manis dalam satu sudu. Dan gunakan dua mug air. Ikut kepekatan yang disukai, jika mahu tebal, sukatan kena pekat sedikit. Jika suka nipis, cairkan.
  2. Daun limau purut terpulang dan ikut selera masing-masing untuk letak atau tidak. Boleh racik halus atau kisar. Boleh juga letakkan daun kari dan daun kunyit.
  3. Contoh satu sudu air kapur. Caranya hanya kacau bahagian atas air kapur, jangan kacau sehingga dasar. Nanti terlalu pekat.
  4. Cara untuk tuang dan goreng, selepas tuang di atas acuan, buang bakinya supaya tidak tebal. Kadang kala ada yang bertanya kenapa bahagian tengah tidak masak, ini kerana korang tak buang bakinya. Tekan kacang sedikit dekat adunan supaya tidak tercabut bila digoreng.

Kredit resipi & foto : Ridzuwan Syahh Ahmad

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0