fbpx

Resipi Roti Simple, Mesti Menjadi.

iCookAsia

Roti antara barangan keperluan yang wajib ada di setiap rumah. Dengan keadaan wabak Covid-19 yang masih belum reda, apa kata kurangkan aktiviti keluar rumah dan gunakan masa terluang dengan aktiviti memasak.

Terima kasih Norhazalin Rasib atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

1 paket Yis kering 11gm

1 sb Gula

1 mug Air suam

*campurkan semua dan tunggu sehingga yis berbuih

4 mug Tepung gndum

4 sb Gula

2 sb Majerin

2 sb Susu pekat manis

2 sk Baking powder

1 sk Garam

1 biji Telur

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan kecuali yis dan gaul rata. Kemudian baru masukkan yis yang sudah berbuih.
  2. Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Jika terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung. Doh mestilah lembut untuk mendapatkan hasil roti yang lembut.
  3. Apabila doh sudah tidak melekat pada tangan, perap doh selama satu jam sehingga doh naik dua kali ganda.
  4. Bila doh sudah naik, buang angin dalam doh dengan tumbuk doh.
  5. Kemudian boleh bentukkan doh mengikut bentuk roti yang ingin dibuat. Boleh letakkan inti yang disukai. Selepas itu perap doh sekali lagi sehingga doh naik semula.
  6. Sebelum dibakar, sapu doh dengan kuning telur atau marjerin dan taburkan gula.
  7. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit menggunakan api atas bawah. Jika mahu lebih brown, tambahkan masa.
  8. Selepas keluarkan daripada oven, terus sapukan roti dengan marjerin supaya roti lebih berkilat dan kekal lembut.

Kredit resipi & foto : Norhazalin Rasib

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x