fbpx

Resipi Tart Teratai. Kalau Tak Pandai Menggulung, Cuba Cara Ini. Biskut Kekal Rangup Dan Lebih Enak. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Tart nenas memang menjadi pilihan setiap kali nak raya. Ramai yang cuba buat sendiri, namun kalau tak pandai menggulung, hilang seni tart. Jadi disediakan beberapa alternatif yang ada kalau teringin untuk buat sendiri.

“ada yg dh bt kuih raya..sy bru nk start ni haa..ingt lg dgn tart teratai sy ni.

mngkin sdh ada yg dh jdknnya sbg sumber pendapatan smpingn kan..alhamdulillah,pd yg nk resepi sy share sekali lg resepinya..semoga mnjd manfaat bt anda semua..silalh share pd yg nk share,sy halalkan.”

 

Bahan :

140 gm butter

100 gm marjerin (saya guna planta@daisy)

60 gm gula aising

1 bj kuning telur

1 sdk esen vanila

330 gm tepung red rose

50 gm tepung jagung

Jem nenas secukupnya

 

Cara :

1. Ayakkan kedua-dua tepung dan ketepikan.

2. Kemudian pukul butter, marjerin dan gula aising sampai sebati.

3. Selepas itu masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul sebati.

4. Masukkan tepung tadi dan uli sampai doh tak melekat di tangan. Kalau terlalu lembik, boleh tambah tepung red rose sedikit demi sedikit.

5. Bulatkan doh, kemudian balut dengan plastik dan rehatkn doh dalam chiller selama 15 hingga 20 minit.

6. Keluarkan doh, canai setebal 3mm dan terap menggunakan acuan biskut jakarta 6 kelopak @ 5 kelopak.

7. Masukkan dalam mangkuk kertas dan susun dalam tray. Selepas itu isikn jem nenas.

8. Kemudian hiaslah sesuka hati anda, pada yang rajin boleh buat seperti dalam gambar. Jika tidak boleh letakkan manis atau hiasan lain.

9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170C selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak menggunakan api atas bawah.

 

Tips :

1. Satu adunan boleh dapatkan 80 biji kuih, bergantung kepada ketebalan dicanai.

2. Bunga kecil itu boleh menggunakan doh yang sama.

3. 1 paket pes nenas boleh dapatkan lebih kurang 120 biji bebola emas.

4. Tepung red rose bukan tepung gandum bunga rose. Tepung red rose merupakan tepung khas untuk membuat biskut. Ada dijual di bakeri, ianya sama seperti tepung biskut. Beza apabila menggunakan tepung ini, biskut akan menjadi lebih rangup, sedap dan tahan lama.

5. Acuan tembaga dibeli bakeri dan acuan bunga kecil ada dijual di MR Diy. Namun kedua-duanya ada dijual di Shopee.

6. Pes nenas dibeli siap. Rasanya sesedap rasa. Masam manis berserat dan sesuai untuk tart Teratai.

7. Untuk menguli pes nenas, gunakan planta untuk mendapatkan bentuk yang bulat.

8. Selepas gentel, masukkan bebola nenas ke dalam peti ais. Jangan risau inti tak akan kemek walau bertindih. Apabila nak gunakan baru keluarkan. Tapi pastikan sejuknya hilang dahulu dan inti lembut. Kalau gunakan sewaktu sejuk, bentuknya akan rosak.

Sumber : Nor Haslina Md Nor‎

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x