fbpx

Resipi Tauhu Berlauk Paling Simple Dan Sedap. Makan Banyak Kali Pun Tak Jemu.

iCookAsia

Tauhu berlauk antara snek yang cukup mudah untuk disediakan dan makan sekali memang tak puas. Selain menyihatkan, Tauhu Berlauk cukup sesuai digantikan dengan makanan berproses seperti sosej dan nuget untuk anak-anak.

Malah, menu ini boleh difrozenkan dan hanya digoreng apabila diperlukan. Mudah kan?

Terima kasih Wafiza Amir atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

3 keping Tauhu lembut *

4 keping Tauhu telur *

Isi ayam *

3 – 4 biji Telur *

Lobak merah – hiris

Bawang holand – hiris

Daun sup – hiris

Lada hitam

Lada sulah

Perasa maggi

Cara :

  1. Kisar bahan bertanda * sehingga halus.
  2. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  3. Letakkan lada dengan kuantiti yang agak banyak untuk mengelakkan bau hanyir. Dan jangan letakkan serbuk perasa terlalu banyak kerana akan masin selepas dikukus.
  4. Alaskan plastik pada loyang dan tuangkan adunan. Kukus selama 15 minit.
  5. Boleh letakkan dalam bekas-bekas kecil dan kukus.
  6. Potong dan celupkan dengan telur untuk digoreng.

Kredit resipi & foto : Wafiza Amir

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x