fbpx

Resipi Viral Mudah Kek Santan Pandan. Lain Macam Gebu Dia…

iCookAsia

Kek bersantan Perisa Pandan ini pernah viral beberapa bulan yang lepas. Tapi sehingga sekarang, masih ramai yang ingin cuba buat disebabkan bahan yang lain daripada lain, iaitu santan. Hasilnya? Mesti lah lembut dan gebu!

Terima kasih Azierah Ryan untuk perkongsian resipi Kek Santan Pandan ini 😀

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 sudu besar ovalette
4 sudu besar susu pekat
1 cawan gula
1 sudu besar baking powder
2 cawan tepung gandum
1 kotak 200 ml Santan Kara

*Buat anda yang tidak suka manis, boleh kurangkan kuantiti gula. Ikut citarasa anda.

Cara Membuat:
1. Masukkan dan gaulkan telur, ovalette, susu pekat dan gula sehingga sebati. Gaul sehingga adunan menjadi gebu.
2. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak. Gaul sebati menggunakan senduk.
3. Selepas itu, masukkan santan dan gaul sehingga sebati.

4. Letak kan pewarna, perasa dan corak mengikut citarasa anda.

5. Bakar dengan suhu 160°c (mengikut oven anda). Pastikan api atas bawah dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.

Nampak sangat gebu kan? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azierah Ryan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x