fbpx

Rindu Makanan Terengganu? Boleh Cuba Resepi Keropok Lekor Homemade Ini. Sangat Fresh Rasa Isi Ikan Tu

iCookAsia

Seperti mana diketahui ramai, Keropok Lekor sangat terkenal di Terengganu. Dengan rasa isi ikannya yang sangat fresh dan padat, membuatkan keenakannya bertambah. Kalau anda semua nak tahu, salah satu tempat yang paling popular di Terengganu bertempat di Kampung Losong.

Disebabkan pandemik sekarang ini, nak merentas negeri pun tidak boleh. Apa kata kita cuba buat sendiri sahaja menggunakan resipi daripada pengguna Facebook ini. 

Terima kasih Mazah Dollah untuk perkongsian resipi Keropok Lekor ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

500g isi ikan selayang  atau temenung

1 cawan tepung sagu

1 sudu kecil garam

Ajinomoto atau gula (ikut suka)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung sagu sedikit demi sedikit ke dalam besen yang berisi isi ikan yang telah  dihancurkan  atau tumbuk. Boleh juga menggunakan blender kering. Masukkan garam dan perasa.
  2. Gaul sebati menggunakan tangan.
  3. Uli sehingga doh boleh dibentuk.
  4. Bentukkan keropok lekor memanjang .Taburkan sedikit tepung jika melekat pada papan atau sapu sedikit minyak pada tangan agar keropok nampak licin permukaannya.
  5. Didihkan air dahulu. Masukkan 1 sudu besar minyak.
  6. Rebus sampai keropok lekor timbul .
  7. Angkat dan toskan.

Bahan B (Untuk Sos Pencicah:

4 sudu cili kering yang dikisar

1 cawan air

1 sudu besar cuka

3 sudu gula

1-2 ulas bawang putih

Garam

Seketul gula merah

Sikit air asam jawa

1 sudu besar tepung sos pemekat atau tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, campurkan semua dalam periuk kecuali tepung sos pemekat. Bawang putih perlu ditumbuk atau diketuk.
  2. Kemudian, kacau sehingga mendidih dan cili kering sudah masak .
  3. Masukkan bancuhan tepung sos pemekat. Kacau sehingga likat dan pastikan rasa sekali lagi tahap masin, manis dan masam untuk menghasilkan rasa yang seimbang sosnya.
  4. Tutup api dan sejukkan.

Tips:

  1. Kalau anda nak letak cheese, leperkan adunan secara memanjang dan letakkan cheese di tengahnya. Tutup rapat dan gelekkan sehingga bentuk bulat memanjang yang cantik.
  2. Kalau nak letak 1 sudu kecil baking powder dalam doh pun boleh.

 Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mazah Dollah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x