fbpx

Rindu Sata Besut, Tapi Jauh Kalau Nak Makan. Buat Sendiri Je, Senang Sangat. Boleh Frozenkan.

iCookAsia

Di kala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor dan Kuala Lumpur, tekak teringin nak makan macam-macam kan? Dan tentu ada yang teringin nak merasai Sata Besut. Nak rentas negeri tentulah tak lepas. Jadi di sinilah kita boleh menguji kehebatan memasak.

Walaupun tidak 100 peratus sama, namun bolehlah hilangkan kempunan di tekak. Terima kasih Nur Kartinie Shaffei atas idea dan perkongsian.

 

Bahan :

Kelapa

1 kg Ikan selayang – ambil isi

Bawang merah

Cili

Daun kesum – hiris

Cara :

  1. Kisar semua bahan kecuali daun kesum.
  2. Perasakan dengan gula dan garam.
  3. Siap inti sata. Boleh dibalut dengan daun pisang dan dibakar.
  4. Boleh juga dijadikan inti popia.
  5. Selepas siap dibalut dengan popia, frozenkan di bahagian sejukbeku.

Kredit resipi & foto : Nur Kartinie Shaffei

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x