fbpx

Rindukan Kampung? Ini Dia Resepi Rendang Daging Untuk Raya Haji

iCookAsia

Resepi yang Admin nak share kali ni memang sesuai dengan musim perayaan haji sekarang. Walaupun ramai yang tidak boleh pulang ke kampung dan menikmati juadah istimewa bersama keluarga tersayang, resepi ini memang cukup buat mengubati rindu pada yang jauh. Bukan itu sahaja, apa yang istimewanya, ianya memang sedap dimakan bersama nasi panas, apatah lagi dengan ketupat.

Jom kita cuba!

Terima kasih Mariana Zainal untuk perkongsian resepi Rendang Daging ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 kilo daging (potong ikut suka)

Paru (Optional)- rebus paru terlebih  dahulu dan jika letak hati lembu  tak perlu rebus..

4 cawan santan pekat (daripada 2 biji kelapa) – kalau tiada, boleh guna dua santan kotak yang kecil

2 cawan air

1 1/2 keping asam keping

2 sudu besar gula

2 sudu kecil garam (jika kurang sila tambah mengikut taste sendiri)

Sedikit bahan perasa (jika suka)

4 sudu besar kerisik (kalau guna dalam peket kecik guna 4 peket)

3 helai daun kunyit (dihiris secara halus)

5 helai daun limau purut

3 senduk minyak masak untuk menumis

Bahan B (Kisar semua bahan ini):

25 tangkai cili kering

2 biji bawang besar

6 ulas putih

Halia (sebesar ibu jari nak 2)

Lengkuas (letak sikit sahaja)

5 batang serai

1 1/2 sudu besar biji ketumbar

1 1/2 sudu besar jintan manis

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, santan, air dan daun limau purut. Masak sehingga kuah mulai kering.
  4. Seterusnya, masukkan asam keping, gula, garam dan bahan perasa. Kemudian, teruskan masak sehingga kuah rendang pekat.
  5. Tabur daun kunyit dan gaul seketika. Seterusnya, tutup api. (jika daging masih liat boleh tambahkan air).
  6. Masak sehingga daging empuk.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x