fbpx

Roti Hampir Expired? Transform Kepada Roti John Cheese Leleh

iCookAsia

Kadang kala tidak sedar roti yang terhidang di atas meja hampir tamat tempoh. Bawa bertenang, penyelesaiannya cukup mudah. Ubah kepada Roti John Cheese Leleh!

Perkongsian Nurul Jannah ini nampak seperti wanpaku, namun ia dalam liga yang berbeza. Lupakan diet!

Bahan :
Sebungkus roti
Setengah biji Bawang Holland
1 batang lada merah
3 batang sosej
3 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam
Marjerin
Tomato puri
Keju
Sos lada hitam
Mayonis

Cara :
1. Cincang halus bawang Holland, lada merah dan sosej.
2. Masukkan telur, serbuk lada hitam dan pukul sebati.
3. Sapukan roti dengan marjerin dan tomato puri. Sapu secara nipis sahaja.
4. Panaskan kuali, letak sedikit minyak dan ratakan. Jangan terlalu banyak.
5. Tuangkan satu senduk adunan telur selepas itu lapiskan dengan keju di atasnya. Dan terus tekapkan roti di atas kepingan keju tadi. Biarkan sebentar.
6. Ulang langkah lima sehingga adunan habis.
7. Sapukan sos lada hitam, sos cili dan mayonis dan tekapkan roti.

Sumber : Nurul Jannah

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x