fbpx

Roti Kukus Pelangi, Sedap Di Makan Cicah Kaya, Serunding Atau Sambal. Boleh Simpan Lama Kalau Buat.

iCookAsia

Anda teringin buat Roti tetapi tiada tempat pembuat roti? Jangan risau. Tahukah anda juga boleh buat roti dengan menggunakan teknik mengukus sahaja? Bila guna teknik mengukus ini, memang kita sudah tahu yang ia membuahkan hasil yang sangat lembut dan gebu. Seperti perkongsian resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Di mana Roti Kukus pelangi beliau memang sangat lembut dan gebu. Corak pula pelangi, memang comel sangat!

Terima kasih Badariah Abdrahman untuk perkongsian resipi Roti Kukus Pelangi ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung pau

5 sudu masak gula kastor

2 sudu masak yis

2 sudu kecil baking powder

Sedikit garam

3 sudu masak minyak Jagung

1 1/4 cawan susu fresh milk

Cara membuat:

  1. Mix bagi rata semua bahan kecuali susu.
  2. Letakkan susu sedikit demi sedikit. 
  3. Uli hingga tidak lekat di tangan. Uli sampai batul-betul halus dan elastik.
  4. Bahagi pada 5 dan letakkan pewarna kegemaran. Uli lagi dan perap hingga kembang. Apabila sudah kembang, tumbuk-tumbuk. Lapiskan dan gulung. Biar betul-betul padat.
  5. Sementara itu, pengukus dipanaskan dahulu.  Biar doh kembang balik baru kukus dalam ½  jam. Setelah itu bukak penutup. Jangan padam api dulu, biar dalam 5 minit. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Badariah Abdrahman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x