fbpx

Roti Mudah Buat. Resipi #StayAtHome

iCookAsia

Dengan sebungkus tepung, pelbagai jenis menu boleh dibuat dan antaranya roti bun. Tak sukar pun nak buat, bahan-bahan yang diperlukan pun simple dan tak renyah.

Apabila sudah siap, boleh pelbagaikan jenis topping dan inti yang diinginkan. Jadi satu adunan boleh dapat pelbagai jenis roti mengikut kreativiti.

Bahan kisar :
1 cawan Air masak
2 @ 3 sb susu pekat manis (kalau nak buat roti manis letak banyak dan tambah gula)
1 sb Yis
1 sb Majerin
1 sk esen vanilla

Kisar sehingga berbuih.

Tuang ke dalam bekas dan masukkan sebiji telur. Kacau sebati.

Selepas itu, masukkan 4 cawan tepung gandum. Kalau lembik, tambah lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan.

Sambil itu boleh tambahkan sedikit garam.

Uli sampai jadi seperti dalam gambar dan terus bentukkan ke dalam loyang.

Susun seperti dalam gambar ya. Jangan terlalu rapat sebab untuk beri ruang roti naik. Letakkan ke dalam ketuhar tapi jangan buka suis. Biarkan dalam 30 minit.

Sebelum bakar, keluarkan roti. Panaskan ketuhar. Bakar roti dalam suhu 160 darjah selama 15 sehingga 20 minit.

Kalau nak buat roti sarang lebah, tambahkan kuaci dan bijan di atas roti.

Resipi Butterscotch :
Masak susu cair dengan gula perang sehingga mendidih. Selepas itu tambah satu sudu mentega atau marjerin.

Boleh juga buat topping keju cheddar dan gula. Caranya sapu marjerin di atas roti dan parut cheddar dan tabur gula.

Sumber : Nurul Zaila

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x