in , , ,

Roti Pizza Paling Senang Untuk Anak-Anak. Memang Sedap Dan Terbaik.

Bukan susah pun nak membuat pizza di rumah, janji ada roti buku, apa pun boleh jadi. Untuk resipi perkongsian Rozita Daud, Roti Pizza ini tidak perlu menggunakan banyak bahan, namun cukup menyelerakan. Sesuai dijadikan kudapan untuk anak-anak.

 

Bahan Topping :

1/2 biji Lada merah

1/2 biji Lada hijau

2 keping Burger ayam (ramas, basuh dan tos)

1/2 botol Sos spageti Kimball

1/2 biji Bawang besar (potong dadu)

3 ulas Bawang putih (ketuk n cincang)

1 sk Garam

1/2 sk Ajinomoto

Cara :

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar sebentar dan kemudian masukkan daging burger. Gaul sebati dan tuangkan sos spagheti Kimball.
  2. Perasakan dengan garam dan ajinomoto.
  3. Akhir sekali masukkan lada dan gaul sebati. Siap.
  4. Sapukan marjerin pada bahagian atas dan bawah roti dan celupkan roti dengan susu cair.
  5. Letakkan topping di atas roti dan letakkan pula keju di atasnya. Taburkan daun sup.
  6. Bakar pada suhu 150c selama 20 minit.

Kredit resipi & foto : Rozita Daud

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0