in , , ,

Roti Pizza Secara Homemade Yang Cukup Lembut Dan Tak Liat.

Resipi asas roti pizza perkongsian Nurhayati Abd Malek cukup sesuai bagi mereka yang punya ramai anggota keluarga. Satu adunan yang diolah dapat menghasilkan enam keping based roti, dan terpulang kepada selera masing-masing untuk meletakkan inti apa diatasnya.

Malah roti yang dihasilkan juga cukup lembut dan tidak liat. Macam makan dekat kedai tau, tapi lagi sedap sebab air tangan mak…hehe

 

Bahan :

2 ½ cwn air suam

2 sb gula

2 ¼ skl yis

3 ¾ cwn tepung gandum

(¾ cwn = 85gm, 1cup = 110gm)

1 sk garam

3 sb minyak sayuran

 

Cara :

  1. Satukan air, gula dan yis dalam mangkuk dan biarkan 5minit. Kemudian tambahkan minyak sayuran ke dalam bancuhan yis.
  2. Dalam bekas lain, campurkan tepung dan garam. Masukkan campuran yis yang telah dicampur dengan minyak. Uli selama 10 minit.
  3. Griskan mangkuk dengan sedikit minyak dan letakkan doh dalam mangkuk. Tutup dengan plastik wrap dan biarkan selama satu jam sehingga doh naik.
  4. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli kembali. Bahagikan kepada dua bahagian. Bentukkan doh seperti bola dan beruskan doh dengan minyak zaitun. Tutup semula dengan plastik wrap. Biarkan ia naik selama 45 minit.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 150c. Taburkan pan dengan tepung gandum dan ambil bola doh tadi dan bentukkan seperti bulatan. Biarkan bahagian luar tebal dan dalamnya nipis.
  6. Pre baked piza selama lima minit dan keluarkan daripada ketuhar.
  7. Kemudian letakkan topping yang disukai dan mozarella cheese. Bakar selama 15 minit pada suhu 150c sehingga keju cair dan roti masak.

 

Tip :

  1. Jika bancuhan cair atau lembik, tambahkan tepung gandum dan sedikit minyak sehingga doh sedang elok.
  2. Boleh gunakan mixer dan gunakan satu hook spiral.

Kredit resipi & foto : Nurhayati Abd Malek

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0