X

Roti Sisir Indonesia. Setiap Lapisan Enak Dimakan Begitu Sahaja. Resipi #StayAtHome

Resipi yang cukup menarik untuk dicuba sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan sedang   dijalankan seluruh negara.

Roti Sisir Indonesia ini bukan seperti roti buku biasa kerana setiap lapisan punya rasa lemak manis daripada sapuan mentega dan gula. Dan lebih menarik, hanya tarik sahaja roti untuk dimakan.

ROTI SISIR INDONESIA..

(Nape Malaysia tade resepi ni pon I tatau ler)

 

Bahan :

260 gram tepung roti

30 gram mentega

30 gram gula

10 gram susu tepung

1/2 sdt garam

1 Butir telor

130 gram air kelapa

Bahan Sapuan Mentega Gula (sebatikan) :

2 sdb mentega

1 sdb gula castor

 

Cara :

1. Ratakan dan sebati kering kecuali garam.

2. Di dalam bekas mixer, masukkan telor.

3. Adun dengan tuang sedikit demi sedikit air kelapa hingga habis.

4. Masukkan pula garam. Sebatikan.

5. Masukkan mentega. Adun sehingga adunan nampak licin dan tidak melekat di dinding bowl mixer.

6. Bahagi doh setiap 50 gram.

7. Canaikan doh. Lipat dua. Sapu dengan sapuan butter gula di setiap lapisan.

8. Buat hingga habis doh.

9. Susun lapis demi lapis.

10. Guna acuan 7.5X4.5X4.5″ atau 8X3X3″

11. Rehat dan kembangkan doh hingga sekali ganda sahaja.

12. Sapukan susu segar di atas doh.

13. Bakar pada suhu 180’C api atas bawah selama 20 ke 25 minit.

14. Sapu mentega semasa panas dan keluarkan dari acuan.

Sumber : Oven Wanie Bake

Tags: Roti sisir
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More