fbpx

Roti Sosej Cheese Homemade. Mudah Dan Sedap!

iCookAsia

Jom cuba resepi roti sosej cheese ini, lengkap resepi ini. Boleh buat untuk sarapan atau minum petang juga.

Terima kasih Hidayati Hana untuk perkongsian resipi Roti Sosej Cheese ini 🙂

Bahan-bahan:

250gm tepung roti (wajib untuk dapatkan roti yang lembut)*

35gm gula halus*

5gm yis (1 sdk)*

50gm mentega/butter* 

90gm air sejuk peti ais*

1 biji telur*

Secubit garam *

1 paket sosej (direbus sekejap)

Mixed vege (rendam dlm air panas sekejap dan tos, campur dgn sedikit mayonis)

Mayonis 

Sos cili 

Cheese parmesan/mozzarella 

Cara memasak:

  1. Masukkan semua bahan bertanda *ke dalam bread maker / mixer kecuali mentega. Mix kan.
  2. Bila sudah sebati, masukkan mentega.
  3. Uli lagi hingga doh jd elastik dan lembut.
  4. Perap sekejap dalam 30 minit.
  5. Timbang setiap doh 40gm, bentukkan bulat dan canai memanjang.
  6. Masukkan dalam paper cup untuk roti.
  7. Bila doh sudah naik sedikit, letakkan sosej.
  8. Biarkan roti naik kembang 2x ganda. Bila dah kembang letakkan mix vege.
  9. Pipekan sos cili dan mayonis, taburkan cheese.
  10. Sedia utk dibakar suhu 180 selama 20-25 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hidayati Hana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x