fbpx

Roti Telur Susu. Sedap Sangat Kalau Makan Begitu Sahaja. Makan Panas-Panas Lagi Nikmat!

iCookAsia

Musim PKP ni, kadang dah tak ada idea nak buat apa untuk sarapan. Ibu-ibu mahu buat pun, simple sahaja hidangannya. Tidak apa lah, yang penting perut kenyang kan?

Jom ikut dan buat resipi Roti Telur Susu Leleh ini. Buat dan ajar anak-anak buat sekali. Nanti mereka dah pakar memasak, ibu-ibu boleh berehat. Hehe…

Terima kasih Iza Abu Bakar untuk perkongsian resipi Roti Telur Susu ini 🙂

Bahan-bahan:

10 keping roti (dipotong dua bahagian)

4 biji Telur

2 sudu besar Susu pekat

Cara penyediaan:


1. Pecahkan telur ke dalam bekas, masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati.

2. Ambil roti dan potongkan kepada dua bahagian.


3. Masukkan roti ke dalam bekas telur yang dikacau tadi. Celup dan balik balikkan roti. Buat sehingga habis.

4. Susunkan roti yang dicelup dengan telur dan susu tadi di dalam Air Fryer. Tapi kalau nak grill kan pun boleh.


5. Dengan menggunakan Air Fryer, setkan suhu kepada 160° dan bakar selama 8 ke 10 minit.

*Kalau anda suka letak mayonis, cheese atau sos cili, boleh sahaja letak. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Iza Abu Bakar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x