fbpx

Sagu Gula Melaka, Cuba Ikut Cara Ni, Mesti Jadi. Sedap Makan Sejuk-Sejuk

iCookAsia

Walaupun hanya sekadar resipi mudah, namun cabaran membuat Sagu Gula Melaka ialah sagunya mencair dan larut di dalam air rebusan. Ada pelbagai cara untuk membuatnya, sama ada rebus bersama air ataupun dikukus. Ikut kesesuaian masing-masing.

Untuk resipi perkongsian Iffy Iruzza, disertakan sukatan air dan sagu untuk dimasak, jadi mudahlah untuk korang mencuba. Resipi ini 99 peratus pasti menjadi.

 

Bahan Sagu :

1 cawan sagu

3 cawan air

 

Cara :

  1. Masak sagu sehingga hilang biji-biji putih. Jika air kurang, boleh tambah sedikit.
  2. Apabila sagu kembang, sejukkan dan masukkan dalam loyang.
  3. Masukkan pewarna yang disukai.
  4. Selepas itu, masak gula melaka dan masukkan gula pasir. Ikut tahap kemanisan yang disukai.
  5. Masukkan air gula melaka, sagu dan curahkan susu cair. Sejukkan dalam peti sejuk.

Kredit resipi & foto : Iffy Iruzza

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x