in , , ,

Sambal Ayam Geprek, Resipi #StayAtHome

Setiap jenis sambal, walaupun menggunakan bahan yang sama seperti bawang merah, bawang putih, cili padi, namun cara pembuatan yang berlainan akan memberikan letupan rasa yang berbeza. Kalau dikukus dahulu dan kemudian ditumbuk, lain rasanya, Ditumbuk mentah dan digoreng,tidak akan sama dengan bahan asas digoreng dahulu dan kemudian ditumbuk.

Jadi kali ini, jom belajar macam mana untuk membuat sambal ayam geprek hasil perkongsian Rodziah Zaharin

Baru berkesempatan nk share resepi SAMBAL AYAM GEPREK cara saya, kurang pedas.

Resepi ada di setiap gambar.

Gaul ayam dengan 1 atau 2 bji telur, gaul ayam dengan tepung bestari spicy dan kemudian goreng.

Bahan sambal geprek :

6 biji cili merah besar

4 biji cili padi

2 biji cili padi merah

1 1/2 biji bawang besar@bawang merah

4 biji bawang putih

1 biji limau nipis – akhir sekali

Goreng bahan tadi di dalam kuali selama  3 hingga 4 minit dan toskan bahan tadi.

Masukan bahan-bahan itu ke dalam lesung batu, masukkan 2 sudu gula, 1 sudu garam dan tumbuk separuh lumat.

Masukan jus limau nipis 1biji

Cuka 1 sudu kecil

Minyak mengoreng yang masih panas dalam 1 atau 1 setengah sudu.

Masuk perasa, terpulang. Gaul rata dan siap dimakan bersama ayam goreng tepung tadi.

SELAMAT MENCUBA😍

Sumber : Rodziah Zaharin

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0