in ,

Sambal Berlada Ikan Bilis. Buat Banyak Sikit Boleh Jadikan Stok. Letak Dalam Peti Ais Sahaja.

Hidangan ini sangat sesuai untuk sesiapa yang malas masak, atau nak dijadikan sebagai makanan sahur. Boleh buat banyak-banyak, jadi kan stok di rumah. Simpan dalam peti ais dan kalau nak makan panas-panas boleh panas kan atas api atau dalam microwave pun boleh. Senang kan? 

Terima kasih Syara Fina untuk perkongsian resipi Sambal Berlada Ikan Bilis ini 🙂

Bahan-bahan:

300g+- ikan bilis 

20 biji cili padi merah dan 6 batang cili merah besar (dikisar)

20 biji bawang merah kecil

5 ulas bawang putih

Sedikit halia

Sedikit sos tiram

Asam keping

Cara membuat:

  1. Goreng garing ikan bilis.
  2. Tumis bawang kisar dan cili merah kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, garam, gula dan perasa. Kemudian, masukkan asam keping.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan bilis. Gaul rata.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syara Fina (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.