in , , ,

Sambal Garing Bilis Petai. Wajib Simpan Stok Di Rumah.

Kalau nak bercuti ke mana-mana ataupun nak masuk asrama, Sambal Garing Bilis Petai ni wajib dibawa bersama kan? Jadi bila teringin nak makan, hanya sediakan nasi putih dan telur dadar. Tapi nikmatnya sukar untuk digambarkan.

Terima kasih Nurul Hawa Nadila Sari atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

Cili kering – buang biji tetapi tak buang pun tiada masalah – goreng

Ikan bilis – goreng

Kiub ikan bilis halus

Petai – sagat halus & goreng

 

Cara :

  1. Mesin kering (grind) cili kering yang sudah digoreng.
  2. Tumiskan kiub ikan bilis dengan sedikit mnyak masak. Selepas kiub sebati, masukkan ikan bilis,petai dan cili kering yang telah dikisar kering tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk dan baru ditutuprapat.

Kredit resipi & foto : Nurul Hawa Nadila Sari

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.