in , , ,

Sambal Totok Pedas Berdesing. Wajib Tumbuk Dengan Lesung Batu.

Biarpun sinonim dengan masakan Jawa, namun majoriti orang kita suka sambal totok disebabkan keenakan dan kepedasan tahap berapi. Nampak sahaja ringkas, namun sekali makan memang bertambah nasi walau sekadar makan ikan goreng.

Sambal totok ni harus ditumbuk dengan lesung batu tau, kalau dikisar dengan blender memang kurang kick.

 

Bahan :

10 biji Cili api

5 batang Cili hijau

2 batang Cili merah

Segenggam Ikan bilis

2 ulas Bawang merah

 

Cara :

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing, kemudian masukkan semua cili dan bawang. Goreng sehingga layu dan angkat.
  2. Tumbuk semua bahan dan perasakan dengan garam.

Kredit resipi & foto : Rusmidah Meskam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0