in , , ,

Sandwich Telur Igauan Ramai. Memang Susah Nak Lupa Keenakannya. Nak Lagi Kick Cuba Tambah Kicap Manis.

Perkongsian Fairuz Binti Ahmad mengenai kisah permulaan menjual Sandwich Telur cukup mengujakan. Jelasnya semuanya bermula apabila kakak si penjual sandwich telah tamat pengajian dan kerinduan terhadap sandwich tersebut semakin membuak-buak. Jadi disebabkan kepingin, dia cuba membuat sendiri dan teringat satu peristiwa di timbunan sampah.

Gambar ni terlebih pencahayaan ye,tak berapa nampak light brown telur nya dek dicampur kicap. Resepi dah disertakan kat bawah sekali ye.TQ

“Masa di kolej dulu, selalu beli sandwich telur kat asrama, pelajar senior yg jual. Sedap sangat sandwich telur diorang buat.Suatu hari tu,pernah ternampak lambakan sandwich telur yg sedap tu terbuang mcm tu aje didalam tong .Sayangnya lah rasa time tu ,dalam timbunan sampah tu,ada juga beberapa botol kicap manis!tapi dah habis licin la hehe.

“Semester demi semester,kakak senior tu pun dah grad.Kitorg ni merindui sandwich telur tu,dan ku pun cubalah buat sendiri kat dalam asrama.Cuba2 tapi tak capai rasa yg dirindui.Tiba2 teringat pasal botol kicap tu.Ku pun campurkan sikit kicap manis dalam adunan Sandwich Egg Mayo tu.

“Wahhh! Menjadik dan bermulalah aku menjadi Penjual Sandwich kat asrama sejak tu. Tak sangka sekarang umur dah 30 pun masih menjual sandwich ni.

“Sandwich Egg Mayo yg mungkin kali terakhir ku buat harini.Nampak macam biasa2 aje tapi sandwich ni menjadi igauan tau bg peminatnya..Rasa dia ibarat makan telur ½ masak yg diletak serbuk white pepper bersama kicap.

“RESEPI EGG MAYO (bahan agak2 ikut citarasa macam kita makan telur ½ masak+kicap+white pepper) resepi dia sy main agak2 je selama menjual ni  tapi Alhamdulillah rasa dia tak pernah lari sgt.Ikut citarasa tekak la kiranya hihi. Dalam mind,kena set rasa telur ½ masak+kicap+white pepper tu.”

 

Cara :

  1. Telur hancur – masak di atas kuali non stick dengan sedikit minyak
  2. Selepas siap, masukkan mayonis (jenama Telly atau Kewpie). Boleh agak-agak sehingga telur dan mayonis sebati. Adunan ini kena basah sedikit supaya senang disapu di atas roti.
  3. Kemudian letakkan serbuk ajishio white pepper mix.
  4. Akhir sekali letakkan kicap manis (Jalen/Enaq/Adabi). Tuang sedikit sahaja macam letak dekat nasi. Kacau dan akan nampak warna adunan telur sedikit gelap.

Kredit resipi : Fairuz Binti Ahmad

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0