fbpx

Sate Paling Simple. Siap Dengan Resipi Kuah Kacang.

iCookAsia

Resipi sate ini paling mudah untuk diikuti, malah kuah kacang yang dikongsikan juga senang disediakan. Sesuai untuk juadah raya, walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Makan-makan sesama keluarga lebih meriah kan sambil bakar sate.

 

Bahan :

Seekor ayam – ambil isi sahaja. Potong dadu dan toskan.

 

Bahan kisar :

2 labu bwg besar

1 labu bwg putih

2 inci halia

4 batang serai

 

Bahan perap :

2 Cawan gula

2 sk garam

4 sk kunyit

3 sb jintan manis

 

Cara :

1. Dalam besen besar, masukkan isi ayam, bahan kisar dan bahan perap.

2. Gaul sebati dan perap seketika.

3. Selepas itu baru cucukkan ke lidi.

4. Lebihan perapan tadi ambil sedikit letak dalam bekas dan masukkan sedikit minyak (untuk renjis masa bakar).


Kuah Kacang :

Bahan kisar :

Segenggam cili kering

2 labu bawang besar

2 inci halia

 

Bahan :

1 batang serai di ketuk

2 cawan kacang tanah yang dikisar

2 keping gula melaka

1/2 cawan gula

Garam

Air secukupnya

Asam keping

 

Cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, kemudian masukkan serai. Tumis sehingga pecah minyak.

2. Masukkan kacang tanah dan gaul sebati.

3. Selepas itu masukkan air dan kacau. Biarkan mendidih dengan menggunakan api perlahan.

4. Masukkan gula melaka, gula, garam dan asam keping.

5. Masak sehingga pekat, rasa dan tambahkan apa yang kurang.

Sumber : Noorlaili Zainal

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x