in ,

Sausage Carrot Muffin

Resepi mufin yang lazat dan mudah untuk disediakan. Sesuai untuk sarapan pagi bersama seisi keluarga ๐Ÿ™‚

Resepi ini disediakan oleh Aida Ariati

Bahan-bahan:
400 gm tepung naik sendiri
100 ml susu segar
100 ml minyak sayuran
3 biji telur saiz sederhana
3 batang sosej dipotong dadu
1 batang lobak disagat
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
1 cawan keju cheddar disagat

Cara membuat:
1. Putarkan tepung bersama susu dan telur.
2. Masukkan telur satu persatu bersama tepung hingga sebati
3. Putar bahan tadi bersama minyak sayur.
4. Putar dengan kelajuan sederhana selama 2 minit hingga kembang dan ringan
5. Masukkan lobak dan sosej. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6. Kaupkan bahan-bahan ini dengan spatula. Rehatkan sebentar selama 5 minit.
7. Cedok bahan adunan ke dalam cawan muffin sebanyak 2/3 penuh. Taburkan keju cheddar.
8. Bakar dalam ketuhar (api atas bawah) selama 20 minit pada suhu 180 C
9. Apabila sudah cukup masa pembakaran, biarkan di dalam oven selama 5minit.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0