fbpx

Sedap Kan Kalau Makan Kuey Teow Goreng Basah, Buat Sendiri Lagi Best. Sedap Pula Tu

iCookAsia

Kalau untuk moreh atau makan malam, dapat makan Kuey Teow Goreng Basah pun sedap. Nak buat pun tidak memerlukan bahan yang susah, senang je dah dapat. Kalau buat sendiri lagi nikmat, dapat makan banyak lagi.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Cik Puan Farah perkongsian resipi Kuey Teow Goreng Basah ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar (dikisar halus)

10 tangkai cili kering (dipotong dua, direbus dan dikisar halus)

2 biji bawang putih (dikisar halus)

1/2 paket kuey teow

Segenggam daun kucai atau sawi (dipotong panjang)

Segenggam taugeh (ikut suka nak letak banyak mana)

Sedikit belacan

3 biji telur

15 ekor udang (dibuang kepala)

1/2 cawan air

Garam dan gula secukup rasa

Kicap kuantiti yang secukupya

Sos tiram

Kepala dan ekor udang direbus dengan sedikit air, dan kisarkan. Ambil air tersebut)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan belacan.
  2. Campur bersama sedikit air dan kisarkan bahan ini.
  3. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar tadi, tumis sehingga bahan kisar kering sedikit.
  4. Seterusnya, masukkan air rebusan kulit udang dan sedikit air, agak-agak nak kuah banyak mana ,tuang kicap dan kuantiti kicap ini mengikut citarasa masing-masing, jangan terlalu hitam, cukup sekadar untuk menggelapkan warna kuah, 1 sudu besar sos tiram dan gaul tumisan dengan rata.
  5. Masukkan telur 3 biji, masukkan sekali garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan udang dan tunggu seketika hingga udang masak, masukkan 1/2 paket kuey teow.
  7. Nak letak lebih pun boleh, cuma kuah akan jadi kurang nanti, gaul rata semua bahan.
  8. Akhir sekali, letak pula daun kucai dan taugeh ke dalam masakan. Gaul rata dan boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Farah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x