fbpx

Sedapnya Dapat Makan Apam Kampung, Guna 4 Bahan Sahaja Dah Boleh Buat Tau!

iCookAsia

Mesti rindu kan nak makan Apam Kampung? Kebiasaannya akan jumpa di bazar Ramadhan. Meriah dengan jualan kuih tradisional. Tapi anda jangan risau, kali ini boleh buat sendiri sahaja. Ada 4 bahan ini sahaja dah boleh buat. Mudah sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Noorzaiton Nordin perkongsian resipi Apam Kampung ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan gula merah

2 cawan air

3 cawan tepung gandum

1 paket mauripan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan gula merah dan air serta biarkan ia suam-suam.
  2. Tapis dan masukkan dalam tepung.
  3. Kemudian, gaul sebati dan masukkan mauripan. Gaul sampai licin dan tidak bergentel. Boleh guna whisk atau pengisar sahaja. Perap selama 1 jam.
  4. Panaskan kukusan. Sapu loyang dengan minyak. Tuang dalam loyang dan jangan kacau-kacau dah.
  5. Akhir sekali, kukus selama 1/2 jam. Siap dan boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noorzaiton Nordin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x